Skip to content
Signs of a  Healthy Relationship That Most People Think Are Toxic
Naluri3 min read

6 Tanda Hubungan Sihat Yang Kebanyakan Orang Fikir Adalah Toksik

Mengekalkan hubungan yang stabil dan sihat dengan pasangan anda adalah hubungan dua hala dan menurut kajian, adalah penting untuk kesihatan optimum, sama ada mental dan fizikal.

Jika hubungan romantik yang tidak stabil kemungkinan besar akan menyebabkan gejala-gejala kegugupan dan kemurungan, hubungan yang sihat dan gembira kerap dikaitkan dengan kadar tekanan dan kemurungan yang lebih rendah.

Kadangkala, idea-idea masyarakat tentang apa yang membuat hubungan adalah baik boleh jadi kurang tepat, terutamanya dengan kisah-kisah cinta sempurna dipaparkan di wayang dan TV. Tanpa menyedarinya, ini boleh menanamkan idea-idea tentang apa sepatutnya adalah hubungan sihat, tetapi sebenarnya tidak betul. Dana apabila anda secara tidak sedar membandingkan hubungan anda sendiri dengan hubungan tidak realistik dalam cerita, dan ia tidak serupa, anda mungkin berasa kecewa dan keliru.

Walaupun begitu, bagaimana kalau kami katakan yang banyak tabiat dan kelakuan yang anda rasa adalah toksik sebenarnya merupakan tanda-tanda hubungan yang sihat? Dengan memahami sifat-sifat sihat dengan lebih baik, anda boleh dilengkapkan dengan pengetahuan untuk memastikan hubungan anda kuat dan sihat.

 

Ini adalah 6 tanda yang anda memiliki hubungan yang sihat:

  • Anda meluangkan masa berjauhan

Anda tahu masa-masa di mana anda dan pasangan anda melakukan perkara berbeza? Ia bukanlah benda buruk; malah, ia bagus! Banyak orang fikir yang meluangkan setiap saat bersama adalah tanda-tanda hubungan yang sihat. Sebaliknya, sebenarnya ruang persendirian adalah penting untuk hubungan yang sihat. Setiap pasangan patut mempunyai masa untuk mengejar minat mereka, meluangkan masa bersama rakan-rakan dan mempunyai masa sendiri. Ini membantu mengekalkan identiti tersendiri yang sihat dan meningkatkan kualiti masa yang anda luangkan bersama.

  • Anda menetapkan batasan

Menetapkan batasan bukanlah berkenaan bersikap sombong; ia adalah berkenaan menghormati keperluan sesama sendiri dan memastikan anda dan pasangan anda gembira dan rasa dihormati. Mengatakan apa yang anda rasa selesa dan apa yang anda tidak dapat terima adalah patut. Jadi jangan takut bersuara dan membuat ruang yang anda dapat rasa gembira dan selamat.

  • Anda dan pasangan anda ada ketidaksefahaman

Banyak tertanya-tanya sama ada konflik adalah perlu untuk hubungan yang sihat. Kebanyakan orang fikir hubungan yang sihat sepatutnya bebas konflik, tetapi ia tidak benar. Sebenarnya konflik tidak dapat dielak dalam sebarang hubungan, dan sebenarnya, hubungan yang sihat melibatkan penyelesaian konflik yang sihat. Ini bermaksud kedua-dua belah pihak bersedia mendengar, berkomunikasi secara terbuka dan jujur, dan mencari penyelesaian yang sesuai untuk semua orang.

  • Anda menerima kekurangan pasangan

Satu lagi tanda anda mempunyai hubungan yang sihat adalah menerima dan menghargai kekurangan ini. Bukanlah berkenaan mengabaikan isu-isu penting, tetapi, memahami yang tiada siapa adalah sempurna. Ia adalah berkenaan mengakui kekuatan dan kelemahan pasangan anda dan memilih untuk menyayangi mereka walaupun, dan kadangkala, disebabkan kekurangan mereka. Dengan menguasai seni menyokong pasangan untuk pasangan anda dan menerima mereka sepenuhnya, anda membuat ruang yang selamat dan benar untuk hubungan anda berkembang subur.

  • Anda tidak perlu menyelesaikan setiap konflik

Dalam setiap hubungan, adalah normal berdepan dengan ketidaksetujuan dan konflik. Walaupun menangani dan menyelesaikan isu adalah penting, terdapat masanya apabila membiarkan konflik kecil adalah tanda kematangan. Ini bukanlah bermaksud anda mengelak masalah, lebih kepada anda memilih pertempuran dengan bijak. Mengakui yang bukan setiap perbalahan memerlukan penyelesaian serta merta boleh membuat persekitaran yang lebih harmoni, membolehkan anda dan pasangan fokus kepada gambaran yang lebih besar dan mengekalkan imbangan dalam hubungan.

  • Anda mempunyai ‘perbualan sukar’

Dan akhir sekali, satu lagi tanda anda mempunyai hubungan yang sihat adalah apabila anda bersedia meluahkan kebenaran sukar dengan kasih sayang dan timbang rasa. Ini mencerminkan tahap kepercayaan dan ketelusan antara anda dan pasangan anda, kerana hubungan yang sihat akan ada masa-masanya di mana kejujuran dan komunikasi terbuka mungkin menyebabkan ketidakselesaan sementara. Ia juga menunjukkan yang anda berdua menghargai hubungan sihat jangka panjang berbanding mengelak ketidakselesaan sementara.

 

Kesimpulannya, adalah penting anda ingat yang hubungan sihat bukanlah tentang kesempurnaan, tetapi sebaliknya, ia adalah berkenaan mempraktikkan pengembangan, kehormatan, dan kejujuran. Memahami yang kebiasaan seperti cerita dongeng dalam cerita boleh tidak berpijak di bumi nyata, kita perlu memahami yang ruang peribadi, menetapkan sempadan, penyelesaian konflik yang sihat, penerimaan kelemahan, dan komunikasi terbuka semuanya adalah tanda-tanda hubungan yang sihat.

Perlukan lebih banyak sokongan tentang bagaimana mengekalkan hubungan yang kuat dan sihat? Pembimbing Kesihatan Mental Naluri sedia memberikan sesi kaunseling bersemuka yang bersifat peribadi dan sulit untuk memberikan panduan disesuaikan untuk hubungan peribadi dan kerja anda. Buat sesi temujanji hari ini!

You may also like