Hidup dengan kesakitan yang berterusan boleh membawa kekecewaan, terutamanya apabila ia mengganggu kehidupan harian anda. Daripada mengehadkan aktiviti atau pergerakan tertentu kepada merenggangkan hubungan dan kesejahteraan mental anda, sakit kronik boleh menjadi halangan yang berterusan. Ini benar terutamanya apabila anda terperangkap dalam kitaran sakit kronik yang tidak berkesudahan di mana sakit sendi atau badan yang berterusan membawa kepada kualiti tidur yang rendah dan tekanan yang meningkat, yang seterusnya menambahkan lagi kesakitan.
Kadang kala anda mungkin akan berasa sukar untuk melepaskan diri daripada kitaran ini, terutamanya jika anda telah terperangkap untuk masa yang lama, tetapi segalanya mungkin! Dengan mengamalkan strategi pengurusan kesakitan kronik yang berkesan dan mengamalkan tabiat gaya hidup sihat, anda boleh mengawal semula dan menemui semula kehidupan yang lebih seimbang.
Dalam artikel ini, kami telah menyenaraikan semua yang anda perlu tahu tentang sakit kronik, termasuk jawapan kepada soalan lazim, seperti "Apa itu sakit kronik?" dan "Cara menguruskan sakit kronik".
Apa itu sakit kronik?
Sebelum kita menyelami strategi pengurusan kesakitan kronik, penting untuk kita memahami apa itu sakit kronik.
Kesakitan kronik merujuk kepada kesakitan berterusan yang melangkaui tempoh pemulihan biasa, selalunya berlarutan selama lebih tiga bulan. Ia juga mungkin mengiringi keadaan kesihatan kronik seperti arthritis dan boleh berselang-seli atau berterusan. Bagi sesetengah orang, ia mungkin menjejaskan mereka sehingga mereka tidak boleh bekerja, makan dengan betul atau mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal.
Berikut adalah beberapa simptom biasa sakit kronik:
- Kesakitan berterusan: Kesakitan berterusan yang berlarutan selama berminggu-minggu, berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun, selalunya tanpa sebab yang jelas.
- Sakit, rasa terbakar atau rasa sakit mencucuk: Rasa sakit boleh muncul dalam pelbagai sensasi dan intensiti.
- Ketegangan: Selalunya pada otot, sendi, atau kawasan yang terjejas.
- Kekejangan otot: Pengecutan otot secara tidak terkawal di kawasan yang terjejas.
- Bengkak atau kemerahan: Di kawasan yang terjejas, terutamanya jika sakit tersebut berkaitan dengan keradangan.
Adakah sakit kronik sama dengan sakit akut?
Walaupun salah tanggapan umum bahawa sakit kronik dan sakit akut adalah sama, mereka sebenarnya berbeza dengan ketara antara satu sama lain.
Kesakitan akut biasanya disebabkan oleh kecederaan, pembedahan atau penyakit. Ia berfungsi sebagai isyarat amaran penting daripada tubuh badan untuk memaklumkan sebarang kemungkinan bahaya atau kerosakan. Sakit akut secara amnya berkurangan apabila badan sembuh dan selalunya boleh diuruskan dengan berkesan melalui ubat-ubatan dan rawatan yang sesuai.
Sebaliknya, sakit kronik berterusan untuk tempoh yang lama, selalunya berubah menjadi keadaannya sendiri. Kesakitan kronik mungkin tidak bertindak balas dengan efektif terhadap rawatan konvensional dan memerlukan pendekatan pengurusan pelbagai aspek.
Baca artikel kami mengenai Sakit Akut vs Kronik: Apakah Perbezaannya? Untuk mengetahui lebih lagi.
Mengapakah sakit kronik membuatkan anda letih?
Hidup dengan kesakitan kronik sangat meletihkan dan akhirnya menjejaskan kesejahteraan keseluruhan anda. Keletihan adalah salah satu gejala biasa sakit kronik, keadaan tidak selesa ini boleh menyebabkan bukan sahaja keletihan fizikal tetapi juga keletihan mental.
Inilah sebabnya sakit kronik mungkin membuatkan anda letih:
- Tekanan berterusan: Menangani kesakitan yang berterusan boleh mencetuskan tindak balas tekanan dalam badan, yang membawa kepada peningkatan tahap hormon tekanan seperti kortisol. Tahap tekanan yang berterusan ini bukan sahaja meningkatkan kesakitan tetapi juga mengganggu tahap tidur dan tenaga, menyumbang kepada keletihan anda.
- Ketegangan dan ketidakselesaan otot: Sakit kronik selalunya melibatkan ketegangan otot dan ketidakselesaan, walaupun semasa tempoh rehat. Ketegangan otot yang berterusan ini memerlukan tenaga tambahan daripada badan, yang boleh menyebabkan keletihan fizikal dari semasa ke semasa.
- Aktiviti fizikal yang berkurangan: Kesakitan mungkin menghalang anda daripada melakukan aktiviti fizikal atau senaman. Akibatnya, otot menjadi lemah, kecergasan kardiovaskular mungkin merosot, dan stamina keseluruhan mungkin berkurangan, semuanya menyumbang kepada rasa letih dan keletihan.
- Kesan sampingan ubat: Sesetengah ubat yang digunakan untuk menguruskan sakit kronik mungkin mempunyai kesan sampingan seperti mengantuk atau keletihan. Kesan sampingan ini juga boleh meningkatkan keletihan, menjadikannya mencabar untuk mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari.
- Keseimbangan neurokimia terganggu: Kesakitan kronik boleh mengganggu fungsi normal neurotransmitter di otak, yang memainkan peranan dalam mengawal mood, persepsi kesakitan dan tahap tenaga. Gangguan ini boleh menyumbang kepada perasaan letih dan lesu.
Bagaimana untuk menguruskan kesakitan kronik
Walaupun tiada ubat untuk sakit kronik selain mengenal pasti dan merawat puncanya, terdapat beberapa strategi pengurusan kesakitan kronik yang boleh anda masukkan ke dalam rutin harian anda:
- Menjamah makanan secara teratur dan seimbang
Mengekalkan diet teratur yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, protein tanpa lemak dan bijirin penuh boleh membantu mengurangkan keradangan, mengekalkan paras gula dalam darah dengan stabil dan menyediakan nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan serta mengawal kesakitan kronik. Jika boleh, cuba elakkan makanan yang diproses dan gula yang berlebihan, kerana ini boleh memburukkan lagi kesakitan anda.
- Mengamalkan senaman impak rendah
Boleh jadi agak mencabar untuk bergerak apabila hidup dengan kesakitan kronik. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk melakukan senaman yang kerap dan berimpak rendah seperti berjalan atau yoga. Ini bukan sahaja akan membantu anda menguatkan otot, meningkatkan fleksibiliti, dan mengurangkan tahap kesakitan anda tetapi juga meningkatkan kesejahteraan keseluruhan anda.
Ingat, untuk mengelakkan kesakitan daripada memuncak, adalah penting untuk memulakan secara perlahan-lahan dan meningkatkan intensiti senaman anda secara beransur-ansur. Untuk permulaan, cuba Senaman Berimpak Rendah kami dan lakukan mengikut rentak anda sendiri.
- Membentuk rutin tidur yang sihat
Adalah penting untuk mempunyai jadual tidur yang sihat untuk membantu mengawal jam dalaman badan anda dan menggalakkan tidur yang lebih nyenyak dan lebih restoratif untuk membolehkan badan anda berehat daripada tekanan kesakitan kronik. Cuba tetapkan waktu tidur dan waktu bangun yang konsisten dalam rutin anda.
Sebagai langkah seterusnya, pupuk kebersihan tidur yang baik dan cipta ritual waktu tidur yang merehatkan seperti membaca buku atau berlatih teknik bersantai.
- Menjadualkan waktu rehat secara kerap dan berkala
Sakit kronik tidak hilang dalam sekelip mata. Ingat, uruskannya dengan perlahan, mudah dan mengikut kadar anda sendiri. Perkara terakhir yang anda mahukan ialah terlalu memaksa diri anda dan menyebabkan kesakitan.
Jadualkan aktiviti anda sepanjang hari dan atur rehat secara berkala. Dengar isyarat badan anda dan berehatlah apabila diperlukan untuk memulihkan tenaga.
- Menguruskan tekanan
Kesakitan kronik sering meningkatkan tahap tekanan, yang seterusnya akan memburukkan lagi kesakitan anda. Untuk membantu anda mengurangkan tekanan dan meningkatkan kebolehan mengatasi sakit anda, cuba masukkan teknik pengurusan tekanan into your daily routine, such as meditasi kesedaran, senaman pernafasan, atau relaksasi otot yang progresif.
- Melibatkan diri dalam aktiviti sosial
Walaupun kadangkala ia boleh jadi mencabar, cuna imgat untuk melakukan perkara yang anda minat dan mencetuskan kegembiraan. Kekalkan hubungan sosial anda dan libatkan diri dalam aktiviti bersama orang tersayang.
Mempunyai rangkaian sokongan keluarga, sahabat atau rakan sekerja adalah penting bukan sahaja dalam keadaan tertekan tetapi juga dalam kegembiraan dan rutin harian. Hubungan sosial ini boleh memberikan sokongan emosi dan saluran untuk meluahkan perasaan anda.
Sama ada meluangkan masa bersama orang tersayang, mengejar hobi atau mengambil bahagian dalam acara komuniti, penglibatan sosial boleh mengalih perhatian anda daripada kesakitan, mengurangkan perasaan terasing dan meningkatkan kualiti hidup anda.
Kesimpulan
Hidup dengan kesakitan kronik boleh menjadi sangat mencabar, tetapi ia tidak sepatutnya mengambil alih hidup anda. Dengan mengekalkan strategi pengurusan kesakitan kronik ini dan mendapatkan bimbingan profesional apabila diperlukan, anda boleh menjalani gaya hidup yang lebih bertenaga dan memuaskan.
Untuk panduan yang lebih peribadi, berbual dengan Penasihat Perubatan Naluri melalui Apl atau Web Naluri hari ini. Pasukan pakar kami boleh menawarkan nasihat tentang pengurusan sakit kronik dengan pendekatan yang komprehensif, termasuk terapi fizikal, perubahan gaya hidup dan sokongan emosi.