PTSD kewangan adalah ‘reaksi disfungsi kepada kejatuhan kewangan yang berlaku secara tiba-tiba’ atau ‘tekanan kronik menghadapi sumber-sumber kewangan yang tidak mencukupi’. Gejala-gejala PTSD kewangan adalah serupa dengan mereka yang mengalami PTSD daripada insiden-insiden lain, seperti mengalami detik-detik trauma melalui imbas semula atau mimpi ngeri, pengelakan dan rasa tiada emosi, kesukaran tidur, masalah fokus, kemurungan dan rasa tiada harapan, dan juga rasa marah dan senang naik darah.
Trauma kewangan adalah benar. Dan ia kerap merupakan rentetan peristiwa yang berturutan, ketidakupayaan membayar, yang menyebabkan trauma tersebut. 4D yang membawa kepada trauma kewangan ini dikategorikan oleh Psychology Today sebagai Debt, Dependency, Distrust dan Denial.
Hutang - Debt
Mari pertimbangkan senario ini: anda terjerumus ke dalam hutang dan hanya tenggelam semakin dalam. Apabila anda menerima panggilan daripada seseorang, ia membuat anda rasa was-was. Trauma selepas anda membanjiri diri, ini membuat anda rasa lemah dan risau, mengetahui yang seseorang - kemungkinan besar pemberi hutang - mahukan apa yang anda hutang. Sesuatu yang anda tidak dapat membayari semula.
Kebergantungan - Dependency
Apabila anda berasa lemah, anda biasanya mencari orang untuk bantuan. Anda mula berfikir, “Dengan siapa saya boleh minta tolong? Siapakah saya boleh panggil dan percaya? Broker saham? Penasihat kewangan?” Akhirnya, anda menghubungi setiap orang berkaitan dengan kewangan yang mungkin dapat memberikan anda penyelesaian.
Kecurigaan - Distrust
Kemudian anda mula membaca berita untuk perkembangan terbaru dan mendapati yang ekonomi sentiasa berubah. Ini membuat anda rasa kurang pasti seperti anda tidak dapat bergantung kepada sesiapa lagi kerana anda tidak tahu apa yang berlaku dan tiada kawalan ke atas apa-apa pun.
Penafian - Denial
Ia menyebabkan anda rasa lebih lemah, menjadi panas baran dan senang tersentuh. Anda mula melarikan diri daripada masalah, mengatakan benda seperti, “Saya tak nak fikir tentangnya,” atau “Saya uruskan kemudian.” Ini berlaku disebabkan ketakutan. Orang takut mereka anda terjerumus kembali ke dalam trauma ketidakstabilan kewangan itu dan berisiko kehilangan semuanya.
4D inilah yang menyebabkan PTSD kewangan yang lebih teruk sekarang berbanding sebelummya, terutama di antara millenial.
Pada skala besar, syarikat-syarikat patut mengambil peranan dalam melawan trauma kewangan, kerana setiap majikan patut menjagakan pasukan yang sihat dan gembira. Tambahan lagi, PTSD kewangan dan produktiviti wujudnya hubungan yang kritikal untuk menyumbang kepada kesejahteraan syarikat.
Dengan dunia semakin meniti kembali ke arah ekonomi lebih kuat dan stabil, PTSD kewangan adalah realiti yang kita mesti akui dan berusaha keras untuk tangani. Walaupun tiada satu cara untuk menjadi sihat secara kewangan, cuba cari apa yang paling sesuai untuk mendapatkan semula keyakinan anda dengan wang untuk mencapai kehidupan yang diingini. Anda layak mendapat masa hadapan tanpa beban kewangan menarik anda jatuh.
Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Pembimbing Kesihatan Mental Naluri. Naluri memperkasakan anda untuk membina tabiat gaya hidup sihat, mencapai keputusan kesihatan yang bermakna, menjadi lebih gembira dan sihat melalui bimbingan disesuaikan, program-program berstruktur, kelas-kelas dipandu sendiri, dan perkakas dan peranti kesihatan. Muat turun Aplikasi Naluri hari ini atau hubungi hello@naluri.life untuk maklumat lanjut berkenaan bimbingan dan terapi kesihatan digital untuk menjadi diri anda yang lebih gembira dan sihat.