Skip to content
Hunger, cravings, and desire
Naluri2 min read

Mengenalpasti Perbezaan Antara Lapar, Keinginan, dan Pengidaman

Membangunkan tabiat makan yang sihat memerlukan pemakanan yang mengikut rancangan anda, mengelakkan pemakanan secara impulsif, menukar kepada snek yang sihat, dan menguruskan rasa lapar anda. Namun, tidak selalunya mudah untuk mengenal pasti perbezaan antara lapar, keinginan, dan pengidaman. Sebagai manusia, kita cenderung untuk menganggap pengidaman sebagai lapar. Kita mungkin mengalami kesulitan membezakan kedua-duanya kerana keadaan hati dan emosi kadang-kadang menghalang pemikiran rasional kita. Adalah penting bagi kita untuk belajar membezakan di antara mereka untuk mengelakkan makan berlebihan dan merosakkan kesihatan kita.

 

Apa itu kelaparan?

Lapar adalah isyarat badan anda bahawa ia memerlukan bahan bakar (makanan = tenaga). Lapar adalah nafsu asas untuk bertahan hidup, dan memakan sebarang snek atau makanan sihat boleh memuaskan lapar anda. Walaupun kita perlu menangani isyarat badan kita, lapar biasa bukanlah kecemasan. Tabiat seperti mengabaikan waktu makan biasanya cenderung memicu orang untuk makan berlebihan. Oleh itu, cuba makan makanan dalam kadar kecil degan cara kerap untuk mengelakkan perasaan lapar yang berlarutan. Untuk mengendalikan lapar, adalah penting untuk mengkaji dan memahami apa yang dirasakan apabila anda lapar.

Lapar adalah jika perut anda berbunyi, kepala anda sakit, anda sukaruntuk memberi tumpuan, atau anda menglamai pening yang semakin teruk dan hanya akan hilang apabila anda makan. Anda juga boleh cuba minum air dan lihat jika anda masih lapar dalam masa 10 minit. Ia adalah pengidaman jika badan anda memberi isyarat kepada anda untuk makan sesuatu tetapi bukan jenis makanan tertentu. 

 

Bagaimana dengan mengidam?

Pengidaman disebabkan oleh keperluan psikologi atau fizikal, manakala lapar adalah respons biologi terhadap keperluan badan anda untuk makanan. Pengidaman adalah lebih kepada pemicu emosi. Selalunya, ia berpunca daripada ketagihan kepada makanan yang tidak sihat atau diet yang tidak sihat. Pengidaman adalah sering kali disebabkan oleh orang yang mencari keselesaan dari jenis makanan tertentu, seperti makanan manis, masin atau rangup, disebabkan oleh kesendirian, kebosanan atau tekanan. Anda akan merasakan keinginan untuk memanjakan diri dengan keseronokan yang kurang sihat seperti makanan segera, pencuci mulut dan coklat. Industri makanan berkembang dengan menghasilkan ketergantungan manusia dengan menghasilkan makanan yang membuat kita mengidam. Inilah sebabnya mengapa kita jarang merindui makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran atau kacang.

Anda boleh mengenal pasti pengidaman apabila anda tidak lapar secara fizikal, dan perasaan lapar tidak meningkat seiring dengan masa berlalu. Anda juga akan mempunyai keinginan emosi yang kuat untuk jenis makanan tertentu, biasanya disebabkan oleh emosi atau hormon. Pengidaman tidak sama dengan lapar, kerana ia tidak menunjukkan keperluan tenaga badan anda.

 

Dan keinginan?

Keinginan, di sisi lain, biasanya disebabkan oleh tabiat. Ia adalah keinginan untuk makan lebih walaupun selepas makan besar dan walaupun anda tahu bahawa perut anda sudah kenyang. Alasan biasa untuk keinginan adalah perayaan, melihat iklan makanan yang menarik, atau menggunakan makanan sebagai ganjaran atas pencapaian sesuatu. Adalah penting untuk memahami apa yang menjadi punca keinginan anda untuk makan supaya anda dapat mengatasi punca asal masalah tersebut.

 

Alhamdulillah, seiring berjalannya waktu, anda boleh mengubah gaya hidup anda dan mengawal keinginan dan kehendak anda.

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh Naluri. Naluri memberdayakan anda untuk mengembangkan tabiat gaya hidup sihat, mencapai hasil kesihatan yang bermakna, dan menjadi lebih sihat dan gembira melalui pembimbingan peribadi, program berstruktur, pelajaran kendiri, serta alat-alat kesihatan dan peranti. Muat turun Aplikasi Naluri hari ini atau hubungi hello@naluri.life untuk maklumat lanjut mengenai menggunakan pembimbingan kesihatan digital dan terapi untuk menjadi lebih gembira dan sihat.

You may also like