Skip to content
Planning for Retirement (1)-1
Naluri5 min read

Bagaimana Merancang Kewangan Untuk Persaraan

Apabila anda fikirkan tentang ‘persaraan’, anda mungkin terfikir mahu mempunyai masa dan peluang untuk melakukan apa sahaja yang anda mahu lakukan. Mungkin keinginan mula berkebun, melancong ke bandar yang anda sudah lama mahu lawati atau meluangkan lebih masa bersama orang tersayang. Tetapi adakah kewangan anda cukup memuaskan untuk melalui usia tua anda dengan selesa?

Malangnya, banyak orang kerap terlupa kepentingan perancangan kewangan untuk persaraan anda tidak menyedari yang mereka perlu merancang persaraan sehingga terlewat. Ini mengurangkan pilihan mereka dan menyebabkan tekanan yang banyak, sebab itulah pentingnya perancangan kewangan untuk persaraan. Jika anda mahu memastikan persaraan yang selesa, memulakan perancangan persaraan anda awal adalah perlu.

Dalam artikel ini, kita akan meneliti keperluan merancang kewangan untuk persaraan anda awal dan menggariskan tips-tips utama untuk persaraan tanpa tekanan.

 

Apakah perancangan persaraan?

Perancangan persaraan bukan sahaja berkenaan menyimpan wang untuk masa hadapan; ia adalah berkenaan membuat perancangan untuk memastikan anda dapat mengekalkan gaya hidup semasa anda dan menikmati kelangsungan kewangan ketika persaraan. Matlamat perancangan persaraan adalah untuk menyimpan dan melabur cukup wang ketika tahun-tahun anda bekerja untuk mengekalkan kualiti hidup dan menikmati persaraan yang selesa.

Perancangan persaraan melibatkan menentukan sasaran pendapatan persaraan anda dan apakah yang diperlukan untuk mencapai sasaran tersebut. Ini termasuk beberapa langkah-langkah utama, seperti menetapkan sasaran pendapatan persaraan, menganggarkan perbelanjaan, melaksanakan pelan simpanan, dan mengawasi perancangan anda, di mana kita akan meneliti lebih lanjut dalam artikel ini.

 

Berapa banyakkah anda patut menyimpan untuk persaraan?

Walaupun tiada jawapan pukul rata untuk soalan berapa banyakkah anda patut menyimpan untuk persaraan, terdapat beberapa petua untuk membuat anda lebih mudah faham. Sesetengah pakar mencadangkan menyimpan lebih kurang 12 tahun pendapatan tahunan pra-persaraan anda. Sesetengah lain mencadangkan peraturan 10%, bermaksud anda perlukan cukup simpanan untuk hidup dengan 10% pendapatan anda pada persaraan. Ini bermaksud jika anda mendapat USD 50,000 setahun, anda patut menyasarkan menyimpan USD 5000 setiap tahun untuk persaraan.

Namun begitu, ini hanyalah panduan, kerana anda perlu menyimpan lebih atau kurang bergantung kepada keadaan individu anda sendiri. Inilah sebabnya adalah penting mengambil kira faktor-faktor seperti gaya hidup, penjagaan kesihatan, inflasi dan pelan persaraan anda apabila membuat sasaran simpanan. Jika anda ada kerja berpendapatan tinggi atau menjangkakan perbelanjaan persaraan yang agak besar, anda mungkin perlu menyimpan lebih. Sebalik, jika anda bersedia menjalani hidup persaraan yang ala kadar, anda mungkin boleh lepas dengan simpanan yang kurang. 

Anda juga boleh menggunakan pengira secara online untuk mengagak berapa banyak anda akan perlukan untuk persaraan, tetapi sentiasa lebih baik mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan untuk mendapatkan anggaran yang lebih tepat. Untuk panduan yang sesuai untuk anda dan pelan kewangan berkenaan berapa banyak untuk menyimpan untuk persaraan, tempah konsultasi dengan Penasihat Kewangan Naluri atau chat 24/7 dengan mereka di Naluri Web.

 

Bilakah anda patut mula menyimpan untuk persaraan?

Lebih awal anda bermula, lebih bagus. Sebab utama memulakan awal adalah kesan pengkompaunan - semakin lama wang dilaburkan, semakin banyak ia berkembang - yang akan memberi kesan kepada jumlah yang anda simpan tahun ke tahun. Apabila bermula awal, anda boleh mengambil kesempatan ke atas pengkompaunan dan membesarkan simpanan persaraan anda pada kadar yang lebih pantas.

Walaupun begitu, banyak orang melengahkan perancangan persaraan sehingga terlambat - jangan terjerumus ke dalam perangkap itu! Melengahkan simpanan persaraan boleh memberi kesan ketara kepada jumlah yang anda simpan, membuatkannya lebih mencabar untuk mencapai sasaran persaraan anda dan berpotensi membawa kepada kesukaran kewangan pada usia tua anda. Semakin awal anda mula menyimpan, semakin banyak masa anda ada untuk membina dana persaraan anda. Ini bermaksud anda boleh menyimpan kurang setiap bulan dan masih dapat mencapai sasaran persaraan anda.

 

5 langkah merancang kewangan untuk persaraan anda

Jadi, bagaimanakah anda merancang kewangan untuk persaraan? Ini adalah lima langkah ringkas untuk memulakan anda dalam perjalanan ke arah persaraan yang bebas tekanan:

Tentukan matlamat persaraan anda. 

Fikirkan di mana anda mahu tinggal, apa aktiviti yang anda mahu lakukan, dan berapa banyak (dan ke mana) anda mahu mengembara. Ini akan membantu anda menentukan berapa banyak wang anda perlukan dan apakah gaya hidup anda boleh jangkakan secara realistik sepanjang persaraan.

Hitung perbelanjaan persaraan anda

Selepas itu, adalah penting menganggar perbelanjaan persaraan yang dijangkakan. Ini termasuk perumahan, penjagaan kesihatan, kemudahan, pengangkutan dan aktiviti-aktiviti santai. Jangan lupa mengambil kira perbelanjaan yang tidak dijangka, perbelanjaan kecemasan dan inflasi juga!

Peraturan 72 adalah cara yang baik untuk mengira berapa lama pelaburan anda akan berganda nilainya berdasarkan kepada kadar pulangannya dan boleh digunakan untuk semua yang menambah secara eksponen, seperti GDP atau inflasi.

Nilaikan sumber-sumber pendapatan anda

Selepas anda mengira perbelanjaan persaraan anda, anda perlu menilai sumber-sumber pendapatan anda. Ini termasuk sebarang simpanan persaraan yang anda mungkin ada, pencen, dan sebarang sumber pendapatan lain yang anda mungkin ada. Penting anda memahami dengan jelas berapa banyak wang yang anda dapat setiap bulan sepanjang persaraan anda. Anda juga patut mengambil kira sumber-sumber pendapatan yang mungkin, seperti rumah sewa atau kerja separa masa untuk menokok pendapatan persaraan anda.

Buat pelan simpanan persaraan

Sekarang anda boleh mula membuat pelan simpanan persaraan. Pelan ini patut menggariskan berapa banyak wang anda perlu simpan setiap bulan untuk mencapai matlamat persaraan anda. Adalah penting berfikiran realistik dan menetapkan matlamat sasaran simpanan berdasarkan perbelanjaan persaraan anda dan keperluan pendapatan. Tentukan strategi pengagihan persaraan anda berdasarkan garis masa had terimaan risiko dan pelaburan.

Awasi dan ubahsuai pelan anda mengikut keadaan

Akhir sekali, penting untuk anda mengawasi dan mengubahsuai pelan simpanan persaraan anda seperti diperlukan. Lihat semula pelan persaraan anda sekali atau dua kali setiap tahun untuk memastikan ia mengikuti keadaan anda yang berubah-ubah, seperti pendapatan, perbelanjaan dan prestasi pelaburan. Keadaan kehidupan boleh berubah dan adalah penting anda memastikan anda masih di landasan yang betul untuk mencapai matlamat persaraan anda. Ini mungkin termasuk mengubahsuai pelan simpanan anda, bekerja lebih lama, atau mencari sumber-sumber pendapatan lain untuk menambah kepada simpanan persaraan anda.

 

Merancang persaraan adalah penting jika anda mahu menikmati usia tua tanpa risau tentang wang. Jangan lupa, lebih awal anda bermula menyimpan untuk persaraan, lebih baik.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan perancangan persaraan, tonton webinar 'Preparing For a Worry-Free Retirement' oleh Pembimbing Kewangan Naluri Ng Ka Hoe. 

Untuk panduan yang disesuaikan untuk anda dalam semua perkara berkenaan kewangan, Penasihat-penasihat Kewangan Naluri bersedia membantu anda dengan perbelanjaan, simpanan, cukai dan lebih lagi. Tempah konsultasi atau berbual dengan Penasihat Kewangan Naluri.

Semoga berjaya dalam perjalanan anda ke arah persaraan tanpa tekanan!

You may also like