Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa aroma roti yang baru dibakar berlegar-legar di pintu masuk kedai, menjemput anda menambahkan sebuku roti tambahan ke dalam troli anda? Atau bagaimana gula-gula selalu tidak semena-mena terjatuh ke dalam troli anda sementara menunggu di kaunter bayaran?
Ini bukanlah tidak sengaja, ini adalah teknik dorongan sedang berlaku. Tata atur kedai meletakkan barangan secara strategik untuk mempengaruhi pilihan-pilihan anda. Cuba juga fikirkan kali terakhir anda melihat media sosial - pemberitahuan yang tepat masanya mengingatkan anda untuk membuka aplikasi bukanlah secara tidak sengaja. Ia adalah dorongan, tolakan lembut menggalakkan anda meluangkan lebih masa di platform mereka. Dari pilihan kafeteria yang lebih sihat dan insentif penjimatan tenaga ke cara bandar-bandar direka, dorongan berada di mana-mana, membentuk pilihan dan mempengaruhi tabiat masyarakat dengan senyap.
Tapi ini bahagian yang menariknya: kuasa dorongan tidak hanya terbatas kepada kedai dan skrin - ia adalah perkakas yang anda boleh guna untuk mengubah tabiat anda secara positif. Bayangkan membuat persekitaran yang mendorong anda ke arah tabiat makan yang lebih sihat, seperti meletakkan semangkuk buah-buahan di atas meja dapur daripada balang biskut atau meletakkan sebotol air dalam jarak sedepan untuk menggalakkan meminum air sepanjang hari. Ini adalah perubahan-perubahan ringkas yang membuat perbezaan ketara dalam menambahbaik kesejahteraan umum anda.
Dengan membuat persekitaran dan rutin anda secara strategik untuk menggalakkan tabiat positif, anda boleh mendorong diri anda ke arah pembangunan dan pemenuhan peribadi. Ia adalah tentang mengenali pengaruh-pengaruh lembut dan mempergunakannya untuk membuat kehidupan yang selari dengan keadaan kesihatan yang anda mahukan.
Untuk membantu anda mencapai sasaran kesihatan anda, kita akan membincangkan apakah nudge theory, bagaimanakah ia berfungsi dan bagaimanakah ia dapat membantu mengubah tabiat anda untuk meningkatkan kesejahteraan anda secara keseluruhan.
Apakah nudge theory (teori dorongan)?
Nudge theory (teori dorongan) adalah sesuatu yang memudahkan anda membuat perubahan dengan mencipta persekitaran yang menyokong usaha membuat keputusan yang positif.
Untuk menjelaskannya dalam kata-kata mudah, dorongan tidak lain adalah tindakan yang ringkas dan lembut yang menggalakkan anda membuat pilihan-pilihan yang selari dengan keputusan yang diingini tanpa berasa dipaksa atau disekat. Ia tidak melibatkan sebarang bentuk hukuman atau had ke atas kebebasan anda, malah, memuat proses membuat keputusan lebih mudah diuruskan dan lebih mudah dikemudi.
Bagaimanakah nudge theory berfungsi?
Nudge theory berfungsi dengan menggunakan arahan atau cadangan lembut untuk mempengaruhi tabiat anda dalam cara yang positif. Ia adalah berasaskan idea di mana orang adalah lebih mungkin membuat pilihan-pilihan tertentu jika pilihan tersebut dibuat lebih senang atau menarik.
Ini boleh dicapai melalui mengubahsuai persekitaran membuat keputusan, menggunakan pra-tetapan lalai, atau mengubah bagaimana sifat-sifat dipaparkan untuk mengetengahkan pilihan-pilihan yang anda pilih. Fikirkannya sebagai ‘tolakan’ ringan ke arah yang betul.
Contoh-contoh nudge theory
Sekarang anda sudah tahu apakah nudge theory dan bagaimana ia berfungsi, ini adalah beberapa contoh nudge theory:
- Tinggalkan pengingat dan arahan untuk diri sendiri
Jika anda mahu memulakan tabiat baru, seperti bersenam dengan kerap, meninggalkan pengingat dan arahan di seluruh rumah atau pejabat boleh membantu. Sebagai contoh, tinggalkan pakaian senam anda di mana anda dapat nampak dan tetapkan pengingat di telefon anda mengingatkan anda berjalan-jalan ketika masa makan tengahari.
- Bentuk semula perspektif anda
Cara anda membentuk keputusan atau tugasan memberikan impak besar kepada bagaimana anda melakukannya. Sebagai contoh, berbanding memikirkan senaman sebagai kerja rumah, bentuk semula supaya ia meningkatkan tenaga dan mood anda. Ini boleh membuat senaman menjadi lebih menarik dan menggalak, terutama pada hari-hari di mana anda rasa malas.
- Buat benda sukar didapatkan
Ini mungkin nampak terbalik, tetapi membuat sesuatu lebih sukar untuk dicapai boleh meningkatkan nilainya. Sebagai contoh, jika anda meletakkan gula-gula di tempat yang sukar dicapai, anda mungkin kurang akan mendapatkannya dan sebalik memilih kudapan yang lebih sihat yang mudah dicapai.
- Beri ganjaran kepada diri sendiri
Memberi ganjaran kepada diri anda sendiri atas kejayaan anda sepanjang perjalanan anda adalah penting! Ini boleh meningkatkan tahap tekad anda yang tinggi dan membuat prosesnya lebih menyeronokkan. Sebagai contoh, jika anda telah melakukan rutin senaman baru selama sebulan, beri diri anda ganjaran urutan atau perkakas senaman baru. Ini boleh membantu menguatkan tabiat positif dan membuat lebih mudah anda meneruskan usaha mencapai matlamat untuk jangka masa panjang.
- Sediakan sistem sokongan yang kuat
Satu daripada cara yang paling berkesan untuk mengekalkan tekad yang kuat dan mencapai sasaran anda adalah dengan mempunyai sistem sokongan yang akan memaksa anda bertanggungjawab. Ini mungkin rakan,ahli keluarga, kawan sekerja atau jurulatih atau mentor profesional yang boleh membantu anda kekal di landasan dan memberikan galakan apabila anda memerlukannya.
Bagaimanakah menggunakan nudge theory
Melaksanakan dorongan diri tidak memerlukan banyak usaha, jadi mari kita melihat bagaimanakah kita boleh menggunakan nudge theory dalam kehidupan harian anda:
- Kenalpasti matlamat kesihatan anda
Untuk menambahbaik tabiat anda sendiri melalui dorongan kendiri, mulakan dengan mengenalpasti matlamat kesihatan khusus yang anda mahu capai. Biar jelas dan khusus tentang keputusan yang anda mahu capai. Anda boleh menggunakan rangka kerja matlamat SMART untuk memastikan matlamat anda adalah Khusus (Specific), Bolehukur (Measurable), Bolehcapai (Achievable), Relevan (Relevant) dan Terikat Masa (Time-bound). to ensure that your goals are Specific, Measurable, Achievable, Relevant, and Time-bound.
- Analisa dan audit keadaan semasa anda
Apabila anda telah menetapkan matlamat anda, langkah seterusnya adalah menganalisa dan mengaudit tabiat dan persekitaran semasa anda. Ini akan membantu anda memahami pola sedia ada dan mengenalpasti sebarang rintangan yang mungkin menghalang tabiat yang diingini. Adalah penting melakukan audit tabiat untuk memahami tabiat semasa anda, mengenalpasti sebarang rintangan untuk mencapai matlamat anda, dan membantu anda mengubahsuai dorongan anda untuk menjadi lebih berkesan.
- Bangunkan dorongan kendiri anda
Pilih dorongan kendiri yang serasi dengan matlamat anda dan sifat-sifat persekitaran anda. Dorongan-dorongan ini mungkin termasuk menetapkan peringatan, membuat isyarat visual, atau menggunakan bicara diri yang positif. Dorongan berbeza sesuai untuk orang berbeza, jadi carilah apa yang paling berkesan untuk anda!
- Mulakan dorongan kendiri
Sekarang adalah masa untuk mula mendorong diri anda sendiri! Cubalah dorongan-dorongan ini untuk tempoh masa yang singkat untuk melihat sama ada ia mempengaruhi tabiat anda seperti diinginkan. Jika tidak, tidak perlu risau; anda sentiasa boleh mengubahsuai dorongan anda sehingga anda mencapai keputusan yang diingini!
- Sentiasa menilai diri dan membuat perubahan jika diperlukan
Jangan lupa menilai diri selepas membuat dorongan dan lihat jika anda perlu melakukan perubahan, terutamanya sekiranya dorongan anda tidak mencapat keputusan yang diingini. Dengan sedikit kesabaran, ketabahan, dan dorongan yang betul, anda akan berjaya mengubah tabiat dan mencapai matlamat anda.
Kesimpulannya, dorongan kendiri adalah perkakas yang hebat untuk membantu anda menambahbaik tabiat anda sendiri dan mencapai matlamat kesihatan peribadi anda. Dengan melakukan perubahan yang kecil dan lembut kepada persekitaran anda, anda boleh menggalakkan membuat keputusan yang positif dan memudahkan anda mencapai keputusan yang diingini!
Jika anda mahukan panduan yang disesuaikan untuk mencapai matlamat kesihatan anda, Pembimbing Kesihatan Naluri sedia memberikan anda sokongan yang anda perlukan. Buat temujanji atau berbual dengan Pembimbing Kesihatan Naluri hari ini.