Bulan Ramadan adalah waktu yang suci di mana umat Islam berpantang makanan dan minuman pada siang hari dan menjauhkan diri dari kebiasaan buruk seperti merokok. Ia adalah latihan dalam keteguhan, kesabaran, penahanan diri, kerendahan hati, pengabdian, serta masa untuk merenung diri dan pertumbuhan rohani.
Berpuasa adalah satu cabaran, tetapi ia boleh menjadi lebih sukar apabila cuba untuk kekal cergas dan sihat. Berikut adalah beberapa tip praktikal untuk menjaga momentum semasa bulan Ramadhan atau apabila rasa lesu pada waktu petang dan waktu Iftar terasa seperti masih berjam-jam lagi.
Bulan Ramadhan adalah tentang niat kerana ia mencerminkan keinginan hati. Tetapkan niat untuk berpuasa, tetapkan niat untuk lebih sedar tentang pemikiran dan tindakan anda, dan tetapkan niat untuk memperbaiki diri - ini boleh membantu menguatkan keazaman anda semasa waktu berpuasa. Ia juga boleh memotivasikan anda untuk membuat pilihan yang lebih sihat semasa Iftar kerana anda secara sengaja mengisi tubuh anda dengan hidangan yang berkhasiat.
Memandangkan tabiat makan anda berubah secara drastik sepanjang bulan Ramadhan, anda mesti memastikan supaya tubuh anda mendapat nutrisi yang mencukuppi semasa waktu tidak berpuasa. Walaupun ada yang mungkin lebih suka makan berat sebelum tidur dan tidur lebih lama pada waktu pagi, melewatkan sahur boleh menyebabkan kelesuan pada siang hari, menjadikan puasa lebih sukar. Cuba untuk tidak melepaskan sahur sepanjang bulan Ramadhan.
Minuman bergula dan makanan yang digoreng sangat mudah didapati semasa bulan Ramadhan. Walau bagaimanapun, terlalu banyak boleh menyebabkan sakit kepala, keletihan mudah marah, dan lonjakan tenaga yang menyebabkan anda menjadi lesu. Pilih makanan berkhasiat, tinggi serat, dan tinggi protein seperti bijirin utuh, lentil, sayur-sayuran hijau, ikan, daging, dan yogurt untuk membuat anda kenyang dan kekal bertenaga. Buah-buahan dan kurma juga merupakan sumber serat yang baik, menyediakan gula semulajadi untuk tenaga, dan kaya dengan mineral seperti kalium dan mangan.
Dehidrasi boleh menyebabkan kekeliruan mental; minum air adalah cara terbaik untuk kekal terhidrat. Sediakan diri untuk berpuasa dengan memastikan anda minum air yang mencukupi pada waktu malam. Satu petua yang mudah adalah memastikan anda mempunyai botol air bersama anda pada waktu malam dan minum satu atau dua gelas setiap jam selepas waktu Iftar. Penting juga untuk diingati bahawa minuman bergula dan kafein boleh membuat anda lebih haus.
Setiap individu mempunyai reaksi berbeza terhadap berpuasa, tetapi senaman adalah penting kerana ia menyeimbangkan tahap tenaga dan boleh membantu mengekalkan berat badan dan jisim otot semasa bulan berpuasa. Cuba bahagikan 15 hingga 20 minit untuk melakukan senaman berjalan pantas, berbasikal, dan senaman ringan lain sebelum Iftar atau selepas Sahur supaya tahap tenaga anda tidak merosot terlalu rendah.
Berpuasa juga adalah mengenai empati, kemaafan, dan kemurahan hati kepada yang memerlukan, termasuk diri sendiri. Walaupun penting untuk mematuhi matlamat kesihatan anda, sama pentingnya untuk memberikan diri anda fleksibiliti untuk bersantai dan tidak terlalu menekan diri. Semak dengan doktor anda untuk memastikan anda kekal selamat dan sihat sepanjang bulan Ramadhan.