Articles - Mental Health, Parenting, Resilience - Naluri

Bagaimana Menyokong Pemberi Penjagaan - Naluri

Written by Naluri | 2024 Jun 12 06:15:00

Pemberi penjagaan adalah mereka yang membantu orang lain yang memerlukan bantuan dengan aktiviti-aktiviti harian dan/atau tugas-tugas perubatan. Walaupun sesetengah pemberi penjagaan wujud sebagai tenaga kerja rasmi, kebanyakan mereka adalah keluarga atau pemberi penjagaan tidak rasmi - mereka yang tidak dibayar dan tidak terlatih secara rasmi untuk memberikan penjagaan kepada individu.  

Untuk kebanyakan pemberi penjagaan, memberi penjagaan adalah pekerjaan sepenuh masa, bergantung kepada keadaan penerima jagaan. Banyak perkara melelahkan kepada jururawat terlatih pun mungkin menjadi penjagaan rutin untuk orang dengan sakit kronik yang tinggal di rumah. Keputusannya, pemberi penjagaan kerap mengabaikan kesihatan dan kesejahteraan mereka untuk menjaga penerima.

Untuk tujuan ini, adalah penting bagi orang di sekitar pemberi penjagaan memasang mata untuk mengesan tanda-tanda ketegangan dan keresahan dan bersedia menawarkan bantuan dalam apa cara sekalipun yang mereka mampu.

Ini adalah beberapa cara anda dapat menyokong pemberi-pemberi penjagaan dalam hidup anda:

 

Lakukan tugas yang tidak sempat dilakukan

Pemberi penjagaan kerap mengutamakan penjagaan orang yang mereka jaga lebih daripada perkara lain, yang juga bermaksud tugas-tugas kurang penting diabaikan atau berlonggok. Tugas-tugas seperti membasuh baju, membersihkan rumah, malah membeli barangan dapur kerap ditolak ke tepi kerana mereka terlalu asyik dengan tugas-tugas penjagaan mereka.

Jika anda akan pergi ke dobi, pertimbangkan mengambil pakaian kotor mereka sekali. Atau minta pemberi penjagaan dalam kehidupan anda memberikan senarai pembelian ketika anda sedang membeli barang dapur. Cuba ringankan jumlah tugasan yang mereka perlu lakukan sebanyak anda boleh.

 

Galakkan mereka menjaga diri sendiri

Banyak pemberi penjagaan mungkin berasa bersalah mengambil masa rehat daripada tugasan penjagaan mereka dan berasa mereka bermalas-malasan. Tetapi cara berfikir itu adalah tidak membantu. Beban pemberi penjagaan adalah benar dan boleh memberikan tekanan berat ke atas kesihatan mental jika tidak diawasi.

Cuba perhatikan sebarang perubahan dalam kelakuan mereka. Jika nampak seperti mereka sudah hampir melepasi tahap tertekan, mungkin penting bagi anda masuk campur sebelum ia berlaku, kerana pemberi penjagaan itu sendiri mungkin tidak menyedari gejala-gejala tertekan mereka.

Cadangan perkhidmatan penjagaan tangguh atau ambil alih tugas penjagaan sendiri, walaupun hanya selama beberapa jam, untuk memberikan pemberi penjagaan dalam hidup anda peluang untuk diri mereka sendiri dan menyegarkan diri.

 

Tunjukkan yang anda peduli

Pemberian penjagaan boleh rasa membuang masa selepas tempoh masa yang lama apabila pemberi penjagaan tidak menunjukkan sebarang tanda sembuh atau sedang mengalami keadaan kesihatan yang semakin teruk.

Tunjukkan pemberi penjagaan dalam hidup anda yang anda menghargai semua yang mereka lakukan dan beri jaminan yang kerja keras mereka tidak dilupakan. Jadualkan panggilan pantas dengan mereka untuk memeriksa keadaan mereka dan berbual, hantar mesej teks atau malah hadiah spontan.Tidak kira berapa kecil, menunjukkan kasih sayang sentiasa bermakna dan banyak membantu.

 

Syorkan mereka mencari bantuan tambahan

Pemberian penjagaan boleh menjadi melelahkan, terutama bagi mereka yang kurang pengalaman. Jika nampak seperti pemberi penjagaan dalam hidup anda sedang bergelut, cadangkan sumber-sumber yang mereka boleh rujuk untuk bantuan yang diperlukan. Rujuk mereka kepada pendidikan pemberi penjagaan dan program sokongan dijalankan oleh organisasi-organisasi setempat dan kumpulan-kumpulan sokongan, atau cadangkan profesional kesihatan yang boleh memberikan mereka nasihat berguna.

Jika mereka terbeban secara emosi dan psikologi, pertimbangkan merujuk pemberi penjagaan dalam hidup anda kepada ahli terapi. Walaupun mempunyai kawan dan keluarga di sekeliling memang membantu, berbeza pula dengan menerima nasihat daripada pihak ketiga profesional yang boleh membantu mereka menilai bukan sahaja kesejahteraan mereka malah juga membantu mereka mengendalikan pemberian penjagaan mereka dengan lebih baik.

Memandangkan pemberi penjagaan sudah biasa mengutamakan keperluan penerima penjagaan mereka lebih daripada kesejahteraan mereka sendiri, mereka mungkin gagal menyedari tanda-tanda fizikal dan psikologi beban pemberi penjagaan ke atas diri mereka. Untuk tujuan ini, mempunyai orang yang mereka boleh harapkan adalah sangat penting

 

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Pembimbing Kesihatan Mental Naluri. Naluri memperkasakan anda untuk membina tabiat gaya hidup sihat, mencapai keputusan kesihatan yang bermakna, menjadi lebih gembira dan sihat melalui bimbingan disesuaikan, program-program berstruktur, kelas-kelas dipandu sendiri, dan perkakas dan peranti kesihatan. Muat turun Aplikasi Naluri hari ini atau hubungi hello@naluri.life untuk maklumat lanjut berkenaan bimbingan dan terapi kesihatan digital untuk menjadi diri anda yang lebih gembira dan sihat.