Kanser payudara mendapat banyak perhatian, dan ada sebabnya. Ia adalah kanser yang paling biasa dideritai oleh wanita di seluruh dunia, dengan bilangannya meningkat dengan pantas di kalangan wanita Asia Tenggara.
Ini adalah apa yang anda patut tahu.
Apakah kanser payudara?
Kanser payudara adalah sejenis kanser yang bermula di payudara. Ia berlaku apabila sel-sel payudara bertambah tanpa kawalan. Terdapat banyak jenis, dan jenis-jenisnya menentukan sel-sel payudara yang mana menjadi kanser.
Bagi wanita, payudara terdiri daripada tiga bahagian utama:
- Lobula: kelenjar susu
- Duktus: tiub-tiub yang menghantar susu ke puting
- Tisu penghubung: tisu berlemak dan fibrus yang memegang semuanya bersama
Kebanyakan kanser payudara bermula di duktus atau lobul dan boleh merebak melepasi payudara melalui pembuluh darah dan pembuluh limfa. Apabila ia telah merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain, ia dikatakan telah metastasis. kanser payudara metastatik, atau kanser payudara tahap 4, sangat kerap merebak ke hati, otak, tulang, atau paru-paru.
Adakah benar hanya wanita berumur atau mereka dengan sejarah keluarga yang mempunyai kanser payudara berisiko mendapat kanser payudara?
Walaupun benar yang penuaan dan genetik menyumbang kepada kemunculan kanser payudara, kebanyakan orang yang didiagnosis dengan kanser payudara tidak ada sejarah keluarga. Ini mencadangkan terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kemunculan kanser payudara, tetapi doktor tidak dapat menjelaskan mengapa seseorang mendapat kanser payudara sedangkan orang lain tidak.
Apakah yang menyebabkan peningkatan kanser payudara di kalangan wanita-wanita Asia Tenggara?
Peningkatan kanser payudara di kalangan wanita Asia Tenggara telah dikaitkan dengan mengikut diet dan gaya hidup yang lebih kebaratan. Ini termasuk keadaan-keadaan di mana mereka mendapat kanak-kanak lebih lewat, mempunyai anak yang sedikit, menyusukan anak untuk tempoh yang kurang, gaya hidup yang kurang aktif, dan memakan lebih lemak dan kurang makanan tradisional seperti beras, sayuran segar, dan soya (dikaitkan dengan mengurangkan risiko kanser payudara). Singapura, contohnya, mempunyai kadar kanser payudara tertinggi di Asia Tenggara (65 per 100,000).
Adakah ini bermaksud gaya hidup yang sihat dan diet yang baik dapat menghapuskan risiko kanser payudara?
Menghapuskan, tidak, tetapi mengekalkan gaya hidup yang sihat dan diet yang baik dapat merendahkan risiko kanser payudara.
Memandangkan risikonya tidak dapat dihapuskan, hanya, dikurangkan, adalah penting mendapatkan pemeriksaan/mammogram yang kerap, melakukan pemeriksaan payudara kendiri, dan mengambil perhatian ke atas sebarang perubahan luar biasa di payudara, sebagai pemeriksaan awal.
Perubahan-perubahan untuk diawasi termasuk:
- Bonggolan atau tisu kenyal yang rasa berbeza
- Sakit dan rasa ditarik pada payudara
- Kulit merah dan berlekuk-lekuk di seluruh payudara
- Kebengkakan di seluruh atau sebahagian daripada payudara
- Cecair daripada puting
- Kulit menggelupas, bersisik atau terkupas
- Puting terbalik
- Perubahan penampilan
- Kebengkakan di bawah lengan
Wanita melebihi 40 tahun digalakkan mendapatkan mammogram setiap tahun, terutamanya jika mereka ada sejarah keluarga mendapat penyakit ini.
Adakah menggunakan bra dan anti peluh akan meningkatkan risiko kanser payudara?
Terdapat teori-teori mengatakan yang bra dawai bawah dan anti peluh akan memberi kesan kepada cecair limfa dan menyebabkan peningkatan toksin dalam nodus limfa. Namun begitu, tiada bukti untuk menyokong dakwaan bahawa bra dawai bawah menyekat bagaimana toksin dibuang daripada tubuh melalui sistem limfa. Di sudut lain, kajian berkenaan deodoran anti peluh menunjukkan pengumpulan aluminium yang lebih tinggi dalam tisu payudara tetapi tidak dikaitkan secara langsung sebagai penyebab pasti kanser payudara.
Faktor-faktor risiko yang meningkatkan risiko kanser payudara termasuk:
- Mutasi genetik yang diwarisi: Mutasi pada gene-gene BRCA1 dan BRCA2 adalah diwarisi. Mutasi-mutasi ini meningkatkan risiko kanser payudara dan ovari.
- Sejarah pembiakan: Berapa lama haid wanita, cth. menarche awal dan putus haid lewat, melanjutkan pendedahan wanita kepada hormon-hormon dihasilkan dalam ovari (endogen estrogen dan progesterone) dan meningkatkan risiko kanser payudara. Kawalan kehamilan hormon, hamil pertama selepas 30 tahun, tidak menyusukan dan tidak pernah mengalami kehamilan tempoh penuh juga adalah faktor yang meningkatkan risiko kanser payudara.
- Mempunyai payudara yang padat: Payudara yang padat mempunyai lebih banyak tisu penghubung berbanding tisu lemak, membuatkan sukar melihat ketumbuhan dalam mammogram.
- Sejarah kanser payudara atau penyakit payudara lain sendiri: Wanita dengan kanser payudara lebih berkemungkinan mendapat kanser payudara lagi. Sesetengah penyakit payudara bukan kanser, seperti atypical hyperplasia atau lobula carcinoma in situ, juga dikaitkan dengan risiko kanser payudara yang lebih besar.
- Sejarah kanser payudara atau ovari keluarga: Risiko wanita mendapat kanser payudara adalah lebih tinggi jika saudara-mara dekat atau berbilang ahli keluarga di kedua-dua belah ibu bapa pernah menghidap kanser payudara atau ovari.
- Tidak aktif secara fizikal: Wanita yang tidak aktif secara fizikal berisiko lebih besar mendapat kanser payudara.
- Naik berat badan berlebihan atau obese selepas putus haid: Wanita berumur yang terlebih berat badan atau obese berisiko lebih besar mendapat kanser payudara berbanding mereka dengan berat sederhana.
- Menggunakan hormon: Sesetengah terapi pengganti hormon yang terkandung estrogen dan progesterone ketika putus haid boleh meningkatkan risiko kanser payudara.
- Meminum alkohol: Kajian menunjukkan risiko wanita mendapat kanser payudara meningkat semakin banyak alkohol yang diminum.
Mengapakah pengesanan awal begitu penting?
Pengesanan awal memberikan peluang terbaik untuk merawat dengan berkesan dengan lebih banyak jenis rawatan yang mungkin. Ini secara langsung, meningkatkan peluang selamat dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.
Kaedah pengesanan terawal diajar kepada setiap wanita dari akil baligh adalah pemeriksaan kendiri. Walaupun tiada bukti melakukan pemeriksaan ini setiap bulan mengurangkan kematian, ia membantu wanita menjadi lebih sedar tentang penampilan dan rasa normal untuk payudara mereka supaya perubahannya lebih mudah dikesan dan didiagnosis.
Adakah mammogram selamat?
Pemeriksaan menggunakannya mungkin rasa sakit, terutama kerana tisu payudara dimampatkan ketika mammogram. Namun begitu, mammogram atau x-ray payudara, tidak meningkatkan risiko kanser payudara atau menyebabkannya merebak. Walaupun dos-dos kecil radiasi dikaitkan dengan mammografi, risiko kemudaratan daripada pendedahan radiasi ini sangat rendah. Ia kekal sebagai piawaian emas untuk mengesan kanser payudara awal.
Kaedah-kaedah lain termasuk:
Ultrasound payudara
Ultrasound payudara menggunakan gelombang bunyi untuk membuat gambaran komputer untuk bahagian dalam payudara. Ia boleh menunjukkan perubahan payudara yang khusus, seperti sista berisi cecair, yang sukar dikesan dalam mammogram.
MRI payudara
MRI (pengimejan resonan magnet) menggunakan gelombang radio dan magnet kuat untuk membuat gambaran terperinci bahagian dalam payudara.
Biopsi
Hanya biopsi adalah cara muktamad untuk mendiagnosis kanser payudara. Sampel tisu diambil dan dihantar ke makmal untuk analisis. Makmal kemudian menentukan jika sel-sel itu adalah sel kanser, jenis sel terlibat, betapa agresif kanser tersebut dan sama ada sel-sel kanser mempunyai reseptor hormon yang mungkin mempengaruhi pilihan rawatan.
Apakah jenis-jenis kanser payudara dan apakah rawatan yang terlibat?
Banyak jenis kanser payudara ditentukan oleh sel-sel payudara yang terlibat. Rawatan pesakit juga bergantung kepada jenis sel-sel kanser dan sejauh mana ia telah merebak.
Terdapat dua kategori utama:
Invasif - Telah merebak dari duktus atau kelenjar payudara ke bahagian-bahagian lain payudara.
In situ (tidak invasif) - Belum merebak dari tisu asal.
Dua kategori ini menerangkan jenis-jenis kanser payudara yang biasa ditemui:
- Ductal carcinoma in situ (DCIS) - kanser tidak invasif hanya terbatas di dalam duktus payudara.
- Lobular carcinoma in situ (LCIS) - kanser bermula dalam kelenjar penghasilan susu payudara yang belum merebak ke tisu-tisu berhampiran.
- Invasive ductal carcinoma (IDC) - Jenis kanser payudara paling kerap ditemui yang bermula dalam duktus susu dan merebak ke tisu payudara berhampiran, meningkatkan peluangnya merebak ke organ-organ berhampiran.
- Invasive lobular carcinoma (ILC) - kanser ini mula muncul dalam lobula payudara yang telah menjangkiti tisu-tisu berhampiran.
- Triple-negative breast cancer (TNBC) - kanser payudara yang agresif dan invasif yang sangat sukar dirawat. Sel-sel kanser tidak ada reseptor estrogen atau progesterone, dan tidak membuat banyak protein dipanggil HER2 (protein penggalak pengembangan di luar sel-sel payudara) Sel-sel kanser ini diuji ‘negatif’ untuk ketiga-tiga ujian.
- Inflammatory breast cancer (IBC) - kanser payudara yang tidak kelihatan seperti kanser payudara biasa. Tidak muncul dalam bentuk ketulan, gejalanya muncul sebagai ruam rengsaan. Ia menyebabkan payudara membengkak dan ‘dimpling’ atau penebalan kulit payudara sehingga ia kelihatan dan rasa seperti kulit oren. Ia juga lebih agresif - ia berkembang dan merebak lebih pantas daripada kanser payudara biasa.
- Paget disease of the nipple - kanser payudara yang bermula di duktus puting dan memberi kesan kepada kulit dan areola.
- Phyllodes tumour - kanser payudara yang berkembang di dalam tisu penghubung. Kebanyakannya tidak merbahaya, tetapi sesetengahnya merbahaya.
- Angiosarcoma - kanser yang berkembang di pembuluh darah atau limfa.
Setiap pelan rawatan pesakit disesuaikan untuk keperluan mereka dan mungkin termasuk satu atau lebih jenis rawatan. Yang paling kerap adalah:
- Pembedahan - Operasi di mana doktor memotong tisu yang dijangkiti kanser.
- Kimoterapi - Menggunakan ubat-ubat khusus untuk mengecilkan atau membunuh sel-sel kanser. Dadah ini boleh jadi pil yang anda makan, ubat-ubatan dimasukkan dalam vena, atau kadangkala kedua-duanya.
- Terapi hormon - Menyekat sel-sel kanser daripada mendapatkan hormon yang diperlukan untuk berkembang.
- Terapi biologi - Berfungsi dengan sistem imun tubuh anda untuk membantunya melawan sel-sel kanser atau mengawal kesan sampingan daripada rawatan-rawatan kanser lain.
- Terapi radiasi - Menggunakan sinaran bertenaga tinggi (serupa dengan X-ray) untuk membunuh sel-sel kanser.
Wanita di semua peringkat umur perlulah mengambil perhatian kepada payudara mereka, melakukan pemeriksaan kendiri, melaporkan sebarang perubahan luar biasa kepada doktor mereka dan mendesak penemuan dipastikan bukan kanser payudara jika terdapat gejala yang membimbangkan. Walaupun kanser payudara kerap dikaitkan hanya dengan wanita, lelaki juga, boleh terkena. Lebih kurang 1% daripada semua diagnosis kanser payudara adalah lelaki.
Penting untuk menyedari bahawa kanser payudara boleh muncul semula, dan terdapat kesan sampingan walaupun selepas rawatan. Sakit dan rasa ketat, kelesuan, perubahan kulit, sesemut dan kekebasan pada tangan dan kaki, gejala putus haid, kesan sampingan mental dan emosi seperti kerisauan, ketakutan ia berulang dan perubahan hubungan boleh memberi kesan kepada kualiti kehidupan pesakit.
Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Pembimbing Kesihatan Mental Naluri. Naluri memperkasakan anda untuk membina tabiat gaya hidup sihat, mencapai keputusan kesihatan yang bermakna, menjadi lebih gembira dan sihat melalui bimbingan disesuaikan, program-program berstruktur, kelas-kelas dipandu sendiri, dan perkakas dan peranti kesihatan. Muat turun Aplikasi Naluri hari ini atau hubungi hello@naluri.life untuk maklumat lanjut berkenaan bimbingan dan terapi kesihatan digital untuk menjadi diri anda yang lebih gembira dan sihat.