Semua orang kini kerap membicarakan tentang kesihatan mental, dan kemudahan untuk mencari sokongan kesihatan mental lebih mudah daripada sebelum ini. Anda boleh melihat bagaimana kesihatan mental mempengaruhi keseluruhan kesihatan anda, dan kini lebih bersedia untuk melabur dalam kesejahteraan anda. Namun begitu, disaat anda bersedia untuk meraih manfaat sokongan dan panduan profesional, terlalu banyak pilihan yang ada.
Adakah semua pembimbing profesional kesihatan mental sama? Adakah lebih baik untuk berhubung dengan seorang psikolog dan pembimbing kesihatan digital melalui aplikasi Naluri, atau apakah anda akan mendapat lebih banyak manfaat daripada sesi terapi satu lawan satu secara bersemuka atau jarak jauh?
Pada intinya, pembimbingan kesihatan digital dan terapi bertujuan untuk memberdayakan anda untuk mengambil kawalan atas hidup anda dan menjadikannya seperti yang anda inginkan. Mereka adalah sistem sokongan untuk membantu anda mencapai matlamat anda dan menjalani kehidupan yang lebih sihat dan terbaik - secara fizikal dan mental. Mencari sistem sokongan yang tepat untuk membantu anda dalam perjalanan hidup anda dapat membuat perubahan kompleks menjadi lebih mudah diurus.
Dikenali juga sebagai psikoterapi atau kaunseling, terapi perbualan adalah intervensi atau rawatan kesihatan mental oleh seorang psikolog klinikal, kaunselor, atau psikiatri. Ia merupakan cara yang berkesan untuk mendiagnosis dan merawat gangguan psikologi. Gangguan adalah masalah kesihatan mental yang berterusan dan tidak terurus yang menyebabkan kesusahan yang ketara dan merosakkan fungsi harian anda di tempat kerja, dalam kehidupan, atau dalam hubungan anda.
Terapi adalah berstruktur dan terhad dalam masa, iaitu 50 hingga 90 minit setiap sesi selama beberapa minggu atau bulan. Ia cenderung menggali mendalam ke dalam masa lalu anda untuk memahami personaliti dan persepsi anda. Ia boleh mendedahkan trauma dan beban emosi dan memberi tumpuan kepada menyembuhkan psikis anda dan bahagian diri anda yang mungkin tidak kelihatan jelas kepada orang lain.
Tidak semua yang menggunakan terapi perbualan mempunyai atau akan menerima diagnosis untuk keadaan mental. Walaupun ia adalah terapi konvensional bagi orang dengan gangguan psikologi, ramai orang yang mencari dan melakukan rawatan demikian untuk mendapatkan rasa kuasa diri untuk membuat pilihan yang sihat dan mengambil tindakan menentang corak dan tingkah laku yang tidak lagi mendukung kesejahteraan mereka.
Pembimbingan kesihatan digital merupakan satu bentuk sokongan emosi melalui halangan dalaman atau luaran yang mungkin membuatkan perubahan kehidupan tampak lebih sukar. Ia tidak memberi tumpuan kepada patologi tetapi direka untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan anda melalui penetapan matlamat dan penyelesaian masalah.
Pada masa yang sama. strukturnya kurang, dan ia tidak terhad dalam masa. Perbualan selari memudahkan pembimbing menerima mesej dan menyemak perkembangan anda secara sekali-sekala sepanjang minggu untuk melihat bagaimana perkembangan anda di telefon. Ia adalah proses yang mudah, kolaboratif yang juga dapat membantu anda mengingati perkara kecil yang mungkin mudah terlupa, seperti cara yang betul untuk mengambil ubat tertentu, maklumat yang betul apabila terdapat nasihat yang bercanggah, dan juga mengingatkan anda untuk mengamalkan tabiat baru yang ingin anda bangunkan untuk mencapai matlamat anda.
Perbezaan yang paling ketara antara pembimbingan dan terapi ialah tidak semua pembimbing dilatih untuk mendiagnosis atau bekerja secara mendalam dengan masalah kesihatan mental seperti kebimbangan, kemurungan, trauma, atau isu-asas lain. Berbeza dengan terapi perbualan tradisional, anda boleh menggunakan pembimbingan kesihatan digital untuk menguruskan pelbagai aspek kesihatan anda, seperti kerjaya, kecergasan, kewangan, diet, dan banyak lagi.
Ya! Jika masa dan sumber membenarkan, menggunakan kedua-duanya dengan baik adalah cara yang baik untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal anda secara serentak. Terapi perbualan boleh membantu anda mengukuhkan kesihatan mental anda, dan anda boleh menggunakan pembimbingan kesihatan digital sebagai sistem sokongan harian untuk setiap aspek kesihatan anda.
Artikel ini disampaikan oleh Pembimbing Kesihatan Mental Naluri. Naluri memberdaya anda untuk mengembangkan gaya hidup sihat, mencapai hasil kesihatan yang bermakna, dan menjadi lebih sihat dan gembira melalui pembimbingan peribadi, program-program berstruktur, kelas-kelas persendirian, serta alat dan peranti kesihatan. Muat turun Aplikasi Naluri hari ini atau hubungi hello@naluri.life untuk maklumat lanjut berkaitan bimbingan dan terapi kesihatan digital untuk menjadi diri yang lebih gembira dan sihat.