Mendapatkan tidur malam yang cukup adalah penting untuk kesihatan fizikal dan mental, tetapi banyak orang mengalami kesusahan untuk tidur dan kekal tidur. Jika anda tidak boleh tidur sepanjang malam atau bangun mamai dan penat, anda mungkin perlu menambahbaik ‘sleep hygiene’ anda. ‘Sleep hygiene’ merujuk kepada tabiat dan amalan yang membantu anda mendapatkan tidur yang berkualiti. Ini adalah beberapa strategi untuk dicuba:
- Ikut jadual tidur: Cuba tidur dan bangun tidur pada masa yang sama setiap hari, walaupun pada hujung minggu. Ini boleh membantu melaraskan kitaran tidur-jaga dan membuatkan lebih mudah anda tidur dan bangun.
- Pastikan persekitaran tidur yang menenangkan: Pastikan bilik tidur anda senyap, sejuk dan gelap. Melabur ke atas tilam dan bantal yang selesa, dan elakkan menggunakan barangan elektronik ketika berbaring di atas katil.
- Hadkan pengambilan kafein dan alkohol: Kafein adalah perangsang yang boleh mengganggu tidur, jadi elakkan meminumnya pada tengah hari dan petang. Alkohol, walaupun boleh membuat anda rasa mengantuk, boleh mengganggu tidur anda pada lewat malam.
- Bersenam dengan kerap: Aktiviti fizikal yang kerap dapat membantu anda tidur dengan lebih baik, tetapi elakkan bersenam begitu hampir dengan waktu tidur kerana ia boleh merangsang tubuh dan membuat anda lebih sukar tidur.
- Rehatkan diri sebelum waktu tidur: Buat rutin waktu tidur untuk membantu anda berehat sebelum tidur. Ini mungkin termasuk membaca buku, mandi atau melakukan teknik merehatkan diri seperti pernafasan mendalam atau meditasi.
- Kendalikan tekanan: Tekanan dan kebimbangan boleh mengganggu tidur, jadi cuba kendalikan tahap tekanan anda sepanjang hari. Pertimbangkan teknik-teknik seperti yoga atau meditasi sedar untuk membantu anda berehat dan menenangkan diri.
- Makan diet yang seimbang: Memakan diet yang seimbang yang mengandungi bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran, protein tanpa lemak, dan lemak sihat dapat menggalakkan tidur yang nyenyak. Elakkan makanan yang berat, ada rasa yang kuat, atau pedas apabila hampir waktu tidur.
Meningkatkan ‘sleep hygiene’ anda akan mengambil masa dan tenaga, tetapi faedah-faedah tidur yang berkualiti adalah berbaloi. Dengan mengubah tabiat dan rutin harian anda, anda dapat meningkatkan kualiti hidup dan bangun dengan rasa segar dan bertenaga.
Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Pembimbing Kesihatan Mental Naluri. Naluri memperkasakan anda untuk membina tabiat gaya hidup sihat, mencapai keputusan kesihatan yang bermakna, menjadi lebih gembira dan sihat melalui bimbingan disesuaikan, program-program berstruktur, kelas-kelas dipandu sendiri, dan perkakas dan peranti kesihatan. Muat turun Aplikasi Naluri hari ini atau hubungi hello@naluri.life untuk maklumat lanjut berkenaan bimbingan dan terapi kesihatan digital untuk menjadi diri anda yang lebih gembira dan sihat.