Kami memahami agak pelik yang anda membaca sebuah artikel berkenaan menutup suiz peranti… menggunakan peranti.
Sama ada bekerja atau bermain, kita semua meluangkan sangat banyak masa melihat kepada skrin sama ada saiz kecil atau besar. Ini bukanlah salah anda - kebanyakan pekerjaan memerlukan masa berdepan dengan skrin, tetapi jika diberikan pilihan, kita masih akan memegang peranti walaupun pada masa terluang.
Ini adalah beberapa sebab mengapa anda patut mempertimbangkan meletakkan peranti anda lebih kerap.
Pada zaman dahulu (lama, lama dahulu!), apabila manusia menggunakan cahaa matahari sebagai satu-satunya penunjuk bila mereka patut bangun tidur dan bila mereka patut berehat, kita mengekalkan ritma sirkadian yang sihat, membolehkan tubuh dan minda kita berehat dan sembuh. Sejujurnya, memang tidak banyak boleh dilakukan selepas matahari turun pun, dan semuanya pun gelap.
Hari ini, kilauan cerah daripada skrin mengajar tubuh kita berasa yang hari belum lagi berakhir, dan kita meluangkan semakin banyak masa untuk berehat, meningkatkan risiko kepada kesihatan dan kesejahteraan kita.
Betul, terdapat kaca mata penapis cahaya biru dan ‘mod malam’ di kebanyakan telefon sekarang, tetapi cara yang terbaik untuk mendapatkan rehat yang bagus adalah meletakkan peranti anda apabila malam tiba dan membolehkan proses penurunan aktiviti semula jadi tubuh anda untuk tidur yang lebih baik.
Jika jelingan yang agak ketara di tengah perbualan mengganggu anda apabila orang lain melakukannya, anda tidak bersendirian. Walaupun jelingan paling pantas ketika perbualan sudah cukup untuk membuat anda tertanya-tanya jika anda dipandang remeh atau seorang yang pembual yang menarik.
Untuk melatih kemahiran mendengar aktif dan untuk memaklumkan minat terhadap orang lain, simpan peranti anda apabila anda bercakap dengan orang lain. Lebih baik meminta berhenti sebentar untuk melihat peranti anda daripada mengganggu perbualan dengan menjeling kepada telefon.
Kebanyakan kita biasanya memeriksa peranti kita untuk emel baru, mesej dan pemberitahuan, walaupun tiada tanda-tanda bunyi yang apa-apa telah berubah. Dorongan untuk melihat semula adalah semulajadi.
Dorongan adalah tabiat yang berulang, seperti ritual yang anda rasa terpaksa dilakukan, dan anda akan menyedari ini adalah masalah apabila ia tidak rasional. Anda melihat telefon 1 minit lepas. Mana mungkin apa-apa telah berubah dalam masa yang begitu singkat? Tetapi anda tidak dapat menghalang diri.
Tidak melihat, bagaimanapun, menyebabkan kerisauan.
Apabila anda menyenyapkan pemberitahuan dan menjadualkan masa-masa tertentu untuk melihat berita baru, anda membantu diri anda dan menghentikan tabiat buruk ini, mengurangkan kegugupan anda akhirnya.
Bilakah kali terakhir anda menumpukan perhatian ke atas satu tugasan, membolehkan anda menjerumuskan diri ke dalam pengalaman ini sehingga anda berasa seperti aliran kerja berjalan lancar? When was the last time you concentrated on a single task, allowing yourself to be wholly immersed in an experience until it felt like you were in a flow state?
Kebanyakan kita mungkin mahu mendapatkan perasaan aliran kerja positif ini ketika menggunakan peranti, jadi nasihat ini masih sama - jangan benarkan sebarang peranti lain mengganggu anda daripada tugas yang anda sedang lakukan. Ini bermaksud menonton TV tanpa telefon anda, menulis emel tanpa TV dipasang, dan menyiapkan laporan tanpa memeriksa pemberitahuan telefon. Multitugas mesti dibuang. Asyik mengulang antara tugas adalah mengganggu, memenatkan dan tidak produktif. Sekarang, cuba fokus kepada satu tugas sehingga selesai, dan lihat produktiviti anda melonjak.
Jika anda adalah jenis orang yang telefonnya sentiasa diletakkan di atas meja pada waktu makan kalau-kalau mesej sampai, atau suka makan sambil menonton telefon, ada kemungkinan anda tidak sepenuhnya menikmati sensasi makan. Dan jika anda terganggu apabila makan, deria rasa dan hidu anda kurang berkesan, menyebabkan hidangan yang kurang memuaskan. Lain kali anda duduk untuk makan, ambil sedikit masa untuk menikmati semua deria anda - bagaimana anda lihat makanan di atas pinggan, bagaimana ia dihidangkan, bagaimana baunya, suhunya, teksturnya dan kepekatannya. Kenalpasti rasa dalam setiap gigitan dan renungkan bagaimana makanan yang anda makan memberi tenaga kepada seluruh tubuh anda.
Anda mungkin pernah mendengar tentang mindful eating - memfokuskan kepada makanan anda dan sensasi makan ketika masa makan. Kajian telah menunjukkan yang kita kurang mungkin makan berlebihan dan lebih mungkin rasa kenyang selepas makan jika kita tidak diganggu dan melakukan multitugas ketika kita sedang makan. Ideanya adalah kekal menghadap makan dan menyedari tanda-tanda diberikan tubuh anda apabila anda sudah kenyang, supaya anda tidak terlebih makan.
Jika anda pernah memarahi anak-anak anda disebabkan berapa lama mereka luangkan dengan peranti mereka, ada kemungkinan anda perlu mencerminkan diri.
Adakah anda menunjukkan contoh kelakuan yang anda mahu mereka tiru? Kanak-kanak lebih mudah mengikut apa yang anda lakukan, bukan apa yang anda suruh, jadi mereka mendapati sukar bagi mereka melepaskan tablet mereka. Fikirkan bagaimana anda boleh menunjukkan contoh terbaik. Masa keluarga tanpa peranti adalah cara terbaik untuk meluangkan masa bersama dan membuat memori.
Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Pembimbing Kesihatan Mental Naluri. Naluri memperkasakan anda untuk membina tabiat gaya hidup sihat, mencapai keputusan kesihatan yang bermakna, menjadi lebih gembira dan sihat melalui bimbingan disesuaikan, program-program berstruktur, kelas-kelas dipandu sendiri, dan perkakas dan peranti kesihatan. Muat turun Aplikasi Naluri hari ini atau hubungi hello@naluri.life untuk maklumat lanjut berkenaan bimbingan dan terapi kesihatan digital untuk menjadi diri anda yang lebih gembira dan sihat.