Skip to content

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024

PERCUMA Penilaian Kesejahteraan Emosi Naluri 

Ambil Penilaian Kesejahteraan Emosi Naluri untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang kesihatan mental anda serta sumber percuma untuk membawa anda ke arah kesejahteraan keseluruhan yang lebih baik.

Main Banner - crop 6-1

Kesihatan mental yang lebih baik bermula dengan kesedaran

Rasa tertekan, cemas, murung, atau kehabisan tenaga? Ambil Penilaian Kesejahteraan Emosi Naluri. Penilaian ini juga termasuk soalan tambahan mengenai diri anda yang boleh membantu Naluri memahami faktor dalam hidup anda yang mungkin menjejaskan kesihatan mental anda.

Social

Boleh dilakukan oleh sesiapa dan di mana-mana sahaja

Clock

Mengambil masa kurang daripada 3 minit

Lock

Peribadi, selamat dan tanpa nama

Schedule

Keputusan dan sumber dengan segera

Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu Penilaian Kesejahteraan Emosi Naluri?

Penilaian Kesejahteraan Emosi Naluri (EWA-7) adalah penilaian kendiri ringkas yang direka untuk membantu anda mengenal pasti tahap kesejahteraan anda melalui hanya tujuh soalan. Penilaian ini juga merangkumi beberapa soalan tambahan mengenai diri anda sendiri yang dapat membantu Naluri memahami faktor-faktor dalam hidup anda yang mungkin mempengaruhi kesihatan mental anda.

Apa yang saya boleh jangka daripada penilaian ini? Apa yang perlu saya buat dengan keputusan saya?

Selepas menjawab soalan-soalan tersebut, anda akan menerima keputusan penilaian anda yang akan membantu anda memahami dengan lebih mendalam tentang keadaan kesihatan mental anda pada masa ini.

Anda juga akan menerima sumber berbeza yang anda boleh gunakan, terdiri daripada sumber bantuan kendiri kepada penjagaan satu dengan satu, semua direka untuk membantu anda memahami gejala anda dan meningkatkan kesihatan mental anda.

Anda digalakkan untuk berbincang tentang hasil penilaian anda dengan profesional perubatan atau kesihatan mental. Namun begitu, semuanya bergantung kepada anda sama ada mahu atau tidak untuk melakukannya.

Adakah penilaian tersebut selamat dan terkawal? Adakah penilaian tersebut mempunyai sebarang risiko atau kesan sampingan?

Terdapat risiko minimum yang berkaitan dengan pengambilan penilaian tersebut. Jika anda ingin berbuat demikian, anda boleh keluar daripada penilaian pada bila-bila masa tanpa berhadapan sebarang akibat. Respons anda dalam penilaian tidak akan direkodkan jika anda keluar daripada penilaian tanpa mengklik butang serah.

Maklumat yang anda berikan akan dirahsiakan dalam pelayan selamat Naluri. Tiada maklumat pengecaman peribadi akan diambil, dan semua respons yang dikumpul akan dirahsiakan kepada Naluri Hidup dan badan pentadbir yang berkaitan. Hanya data agregat pada tahap populasi akan dikongsi sebagai keputusan kajian penyelidikan.

Ini bermaksud respons anda dalam penilaian tidak akan dapat dijejaki semula kepada anda. Namun, jika anda memutuskan untuk mendaftar bagi program kesihatan digital Naluri, keputusan anda akan dikongsi dengan jurulatih Naluri untuk membantu mereka menghasilkan program bimbingan kesihatan yang diperibadikan hanya untuk anda.

Berapa kerap saya perlu mengambil penilaian? Penilaian Kesejahteraan Emosi Naluri adalah penilaian kendiri yang anda boleh ambil pada bila-bila masa. Naluri mencadangkan semakan berkala untuk membantu menjejaki perubahan emosi dari semasa ke semasa. Keputusan berbeza dari semasa ke semasa adalah perkara biasa; ini bukan penunjuk bahawa penilaian tersebut tidak tepat.

Periksa keadaan orang lain

Beritahu ahli keluarga, rakan, rakan sekerja atau seluruh syarikat anda bahawa anda mengambil berat tentang mereka. Jemput mereka untuk mengambil penilaian supaya mereka juga boleh menuju ke arah kesihatan mental yang lebih baik.

WMHD

Apa yang Saya Harap Anda Tahu

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024, Naluri melancarkan kempen terbaru kami, "Apa yang Saya Harap Anda Tahu." Kempen ini menekankan pentingnya memecah kesunyian mengenai kesihatan mental dengan menggalakkan orang ramai meluahkan perasaan dan pemikiran yang sering disembunyikan

WMHD 2023 Report

Memberikan cerapan kesihatan mental dalam rantau ini selama empat tahun

Sejak empat tahun lalu, Naluri telah berusaha secara berterusan untuk menyediakan cerapan kritikal kepada pihak kerajaan dan perniagaan bagi mengharungi cabaran penjagaan kesihatan di seluruh Asia yang semakin meningkat di rantau ini.

Level Up, Manage Up

Webinar eksklusif sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024

Sertai Jurulatih Kesihatan Mental dan Jurulatih Eksekutif Naluri ketika mereka berkongsi strategi untuk mengurus hubungan kerja dengan pihak atasan sambil menjaga kesihatan mental anda. Tersedia dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia, dan Thai.